15 Aug
Hasil seni dari pakar miniatures Dalton Ghetti.
Mata pensil yang kecik pun dia boleh buat macam-macam kat ctu..
Halus betul seninya.. Jom layan gambar hasil keja seni Dalton Ghetti pada mata pensil.
Alphabet 26 huruf tu disiapkan dalam masa 30 bulan..
13 Aug
Lama tak update.. saya buat apa ye? Sekarang saya cuba kerja-kerja ‘kerastangan’ pulak. Lama betul tinggal kerja seni ni. Last pegang jarum untuk seni jahit menjahit ni, kalau tak silap masa anak sulung umur tak sampai setahun. Buat jahitan sulam cabut benang , atau saya panggil juga sulam Sarawak. Sulam cabut benang tu mudah didapati di Sarawak. Mula-mula minat sulam ni bila tengok baju kawin suami, dia tempah dari tukang jahit kat Sarawak.
Lepas belek-belek jahitan sulam tu dan jumpa pulak tutorial basic macam mana nak buat. Bersemangat jahit dan dapat lah siapkan sepasang baju kurung untuk anak dan baju melayu untuk abah ( saya jahit sulam je, baju melayu bg orang buat, hehe). Untuk baju melayu tu saya jahit sulam panjang dalam 1.5 meter ke 2meter camtu la.. So dapat la letak sulam tu kat hujung lengan baju, poket dan kat leher baju melayu cekak musang.
Ada sepasang lagi kain untuk baju melayu yang asalnya nak siapkan untuk ayah mertua saya. Tapi sampai hari ni belum siap(dah dekat 4tahun kot, terbengkalai..huhu) sempat cabut benang je. Bila nak siapkan semula tak tau lagi. Sekarang tengah berjinak dengan kain felt pulak.
Nak tau macam mana sulam cabut benang tu? Ni dia rupanya
corak ni yang saya nak buat untuk baju ayah mertua saya, baru jahit dalam sehasta jer ke sejengkal..
.. gambar ni dipinjam dari sini(atau klik gambar untuk ke blog empunya gmbr). Dia ambik tempahan jahitan sulam ni dan smocking.
Ni pulak jahit sulam cabut pertama saya utk baju kurung anak.

Corak simple je, jahitan pun tak kemas. Baru belajar kan…hehe
Corak yang saya jahit untuk abah saya tu tak de lak gambarnya. Jahitan lebih kemas dan corak yang lain. Ada banyak lagi jenis corak yang menarik, boleh ke blog Erpha kalau nak tengok.
Hmm.. bila story sulam.. rindu pulak nak menyulam lagi..bestnyer kalau dah siap buat tu..
p/s : Siapa yang minat nak cuba jahit sulam ni boleh ke blog ni > Rimbun’s DIY Project. Baru je jumpa tadi, entry pun baru sebulan lepas. Baru saya tahu kaedah sebenarnya, dulu main belasah je. Asal jadik. patut la susah saya nak cabut benang tu, salah teknik rupanya.. wahh semangat nak buat balik sulam ni.. Ada masa ke?
24 Jul
Entry pasal makan lagi..hehe. Kali ni bukan nak bagi resepi. Petua pulak la.
Hari ni masak Sup Tulang. Kebetulan adik ipar dan kawan suami datang ke rumah. Makan sup tulang ni memang best, tapi kurang best bila nak membasuh pinggan periuk lepas makan tu. Kena pulak tulang/daging yang banyak lemak,maka susah skit la nak membasuhnya. Tapi ada cara macam mana mudah nak hilangkan kesan lemak tu.
Siramkan saja pinggan, periuk berlemak tu dengan air panas. Lepas tu cuci macam biasa. Macam tu jugak kalau nak hilangkan kesan lemak di bibir, bila lepas makan mesti mulut kita tu ada kesan lemak sup tu. Jadi minum air panas(yg suam skit la, nanti terbakar lak bibir tu), InsyaAllah, kesan tu akan cepat hilang.
23 Jul

Semalam, saya masak Kari ketam. Kebetulan cik suami dapat ketam harga murah. Lama betul tak makan ketam ni. Anak-anak bukan main seronok lagi dapat tengok ketam yang real. Yang kelakarnya, anak-anak saya panggil ketam ni “Encik Crab”.. pengaruh cerita kartun Spongebob la ni..huhu
“Umi…kakak nak encik crab”.. “Encik Crab ada lagi tak”
Gambar kari ketam tu lupa nak snap.. pinjam gambar orang punya la ye.. Sumber gambar dari sini
Kari Ketam ringkas
12 ekor ketam
1 1/2 cawan santan pekat
2 paket kari ketam (sy guna yg Adabi,kari udang, ketam dan ikan kering)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3-4 biji bawang merah(ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu besar rempah campur
3 tangkai daun kari
Air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam
Cara memasak:
Panaskan kuali/periuk, tumiskan bawang besar, bawang merah, putih, daun kari dan halia. Bila dah berbau wangi, masukkan kari yang dibancuh dengan air asam jawa. Tutup kuali seketika untuk menaikkan lagi bau rempah. Tumis sehingga rempah benar-benar masak(naik minyak). Kemudian masukkan air dan ketam, masak selama 8 minit dengan api yang besar. Selepas itu, masukkan santan pekat dan masukkan juga garam secukup rasa. Biarkan lagi dalam 10 minit dengan api kecil. Siap dan sedia dihidangkan.
22 Jul
Tadi saya ada google sikit pasal Pest Control ni, jumpa satu artikel menarik dan bermanfaat bagi sesiapa yang memerlukan khidmat dari syarikat kawalan serangga. Tips bagaimana nak pilih syarikat , dan apa yang perlu kita tahu sebelum membuat keputusan. Boleh baca lanjut di link ni http://www.pest-control.net.my/images/artikel.pdf
21 Jul
Seingat saya masa di zaman sekolah dulu, tulisan jawi ni biasanya digunakan untuk bahasa melayu. Cuma kadang-kadang ada perkataan inggeris akan di’jawi’kan seperti komputer, teknologi. Ia melibatkan perkataan tertentu yang terkandung dalam sesuatu ayat. Tapi tak pernah pulak ayat bahasa inggeris, di’jawi’kan seperti di billboard kat atas tu.
“Professional Power Tools”
Adakah kaedah sekarang membolehkan bahasa inggeris juga di’jawi’kan? Pelik juga kalau dibolehkan. Boleh jadi rosak tulisan jawi tu jika bercampur aduk..
Recent Comments